Tuesday, May 11, 2010

TERIMA KASIH KBS ATAS PENGHARGAAN KEPADA ALLAHYARHAM MOKHTAR DAHARI

PUTRAJAYA, 11 Mei, TAHNIAH buat keluarga Allahyarham Mokhtar Dahari (MD) di atas penghargaan KBS dalam menamakan gelanggang Futsal di Putrajaya. Walaupun kelihatan janggal kerana Allahyarham MD merupakan pemain bola sepak termasyhur dan digeruni di Malaysia. Walaubagaimanapun Futsal masih lagi sukan yang menggunakan bola dan kaki. 

Sesetengah pihak dilihat kurang senang dengan kepuatusan ini. Namun bagi penulis, inilah langkah permulaan kerana saya suka untuk kaitkan dan petik kata-kata SIFU Dunia Buku penulis, Fauzul Na'im Ishak berkata, "Karya Agung akan diterima setiap penulis.. tetapi bila?.. Jawapannya adalah selepas kita penulis itu meninggal dunia". Jadi begitu jugalah keadaan kita di Malaysia dalam apa jua bidang termasuklah sukan. Tetapi lihatlah dari sudut POSITIFnya, sekurang-kurangnya usaha penghargaan tersebut telah dimulakan. Jika dulu, tiada, kini sudah ada di Gelanggang Futsal di Putrajaya. Selepas ini, akan menyusul beberapa tempat lagi yang akan diabadikan nama beliau. Penulis sangat bersetuju sekiranya Stadium Shah Alam dinamakan Stadium  Mokhtar Dahari, Shah Alam atau boleh untuk kita abadikan di Stadium Bukit Jalil. 

Sebenarnya dalam isu ini, penulis suka menarik perhatian pembaca dan rakan-rakan pengkritik sukan, cuba kita perhatikan Allahyarham Tun Hussein Onn merupakan Perdana Menteri Malaysia Ke-3 dan digelar Bapa Perpaduan serta hanya sempat memerintah sepenggal dengan mewakili Parlimen Sri Gading. Namun nama beliau diabadikan dimana-mana sahaja, malah sepengetahuan penulis, telah ada Jalan Tun Hussein Onn, Bandar Tun Hussein Onn, Dewan Tun Hussein Onn, Universiti Tun Hussein Onn, Institut Perguruan Tun Hussein Onn, SMK Tun Hussein Onn, Hospital Mata Tun Hussein Onn dan banyak lagi. InsyaAllah penghargaan seumpama ini juga layak diberikan kepada jaguh sukan tanah air kita.

Penulis mengemukakan beberapa cadangan berikut dalam memastikan hasil usaha dan kerahan tenaga semua pihak yang sudah pasti tujuannya sama iaitu TUJUAN yang baik untuk kegemilangan sukan negara.. Ayuh kita bersatu padu.. 

1. Memberi kesedaran dan kefahaman kepada diri kita, ahli keluarga kita dan masyarakat setempat kita bahawa SUKAN merupakan salah satu aktiviti yang bermanfaat
2. Memupuk minat anak-anak, adik-adik dan saudara terdekat supaya sekurang-kurangnya satu jenis sukan mesti dikuasai
3. Menunjukkan jalan dan arah tuju, Jika di Luar Negara, profesion sebagai Atlet Sukan menjadi salah satu pelaburan dan membantu mengembangkan ekonomi, kenapa tidak di Malaysia
4. Mulakan langkah diri kita, sertai sebagai penyokong, kemudian peminat setia, kemudian libatkan diri dalam sukan tersebut seterusnya dapatkan bimbingan khusus
dan terakhir buat masa ini..
5. Memberi kerjasama kepada seluruh jentera berkaitan sama ada KBS, MSN, ISN, Organisasi Sukan dan sebagainya dalam memastikan tujuan sebenar akan berjaya dituju. Jika ada kesilapan, hantarlah sekeping surat kepada pihak berkenaan berkaitan cadangan-cadangan penambahbaikan. InsyaAllah lebih mudah ianya untuk diperbetulkan dan diambil tindakan segera. Sama-samalah kita membantu memajukan SUKAN MALAYSIA..

Penulis sangat merindui zaman menjadi ATLET dan sempat menguasai beberapa sukan iaitu Bola Sepak, Hoki, Olahraga, Petanque, Boling Padang, Ping Pong dan Badminton.. Penulis juga pernah berazam untuk menjadi seorang pelumba basikal dan M Kumaresan menjadi Idola disamping Rosman Alwi. Namun mungkin bukan laluan penulis ketika itu walaupun telah berusaha menyiapkan basikal BMX untuk terjun ke alam Sukan Basikal Extreme.. basikal pula dicuri. Hari ini, InsyaAllah dengan jiwa ahli sukan masih berkobar-kobar.. sokongan terhadap sukan tempatan akan terus diberikan disamping tulisan-tulisan kritikan beserta cadangan penyelesaian. Ayuh Majulah SUKAN MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment