Monday, November 29, 2010

SOROTAN SUKAN ASIA 2010

Sukan Asia 2010 telah berakhir dengan MALAYSIA pulang dengan senyuman kerana berjaya mencapai sasaran 9 pingat EMAS walaupun sebenarnya kehadiran beberapa butir emas datangnya daripada sukan yang tidak diberikan harapan. Persoalannya..

1. Adakah tanpa tekanan/harapan, sesebuah pasukan sukan kebangsaan lebih tenang n selesa untuk menggapai kemenangan?
2. Adakah prestasi pasukan kebangsaan yang diharapkan memberikan kilauan emas kini mengalami kemerosotan?
3. Adakah pihak-pihak berkaitan menyedari bahawa terdapat sebahagian bidang sukan terus dipandang sepi walaupun mampu cemerlang dan sebahagiannya juga terus dirundung masalah tanpa penyelesaian?

Penulis terpanggil untuk berkongsi pandangan dan cadangan penambahbaikan untuk direnung dan dikongsi bersama ;

Manfaatkanlah Peranan Ahli Politik yang menawarkan khidmat dan komitmen kepada sesebuah persatuan sukan berdasarkan kepakaran dan kesediaannya. Janganlah kita asyik menyalahkan "politiking" sahaja sedangkan ada bukti yang menunjukkan kejayaan, contohnya sentuhan Tan Sri Anuar Musa dengan Bola Sepak Kelantan.

Memperkasa Atlit, Pengurus dan Jurulatih dengan menawarkan pakej bimbingan pengajian sepanjang hayat kerana terbukti oleh beberapa jenis sukan, kejayaan mereka adalah berdasarkan latar belakang mereka yang berpendidikan tinggi. Jadi adalah lebih baik setiap daripada mereka diberikan peluang untuk mendapatkan ilmu tambahan bagi menjana minda kreatif dan berpengetahuan khususnya dalam usaha merungkai cabaran meningkatkan prestasi diri sendiri sama ada sebagai Atlit, Pengurus atau Jurulatih.

Tahniah kepada
Semua Atlit, Jurulatih, Pengurusan, Krew, Pengulas/Pengacara Sukan dan seluruh rakyat Malaysia

Salam Perjuangan, Zulfadli Jusoh